"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan
langkah.. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.."

Search

Institusi Usrah Crew

Usrah Institution

Usrah Institution

Wal Asr' (GMT+8.00)

Salam Wbt! Welcome To My Blogsite.. Have A nice day!

Alunan Nasyid


Google Search

"Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain."

Comment

Gotcha!

Me Online?

" "Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula."
" Muslim yg paling bahagia tidak selalu memiliki yang terbaik,Mereka hanya berusaha menjadikannya yang terbaik dari setiap yang hadir dalam hidupnya.."

Iluvislam.com

iluvislam
" Dan demi nafas yang telah Kau hembuskan dalam kehidupanku, ku berjanji akan menjadi yang terbaik..Kerna ku tahu, hanyalah pada Mu, tempat ku mengadu, tempat ku mengeluh.. di dalam doaku.."

Friday, March 13, 2009

HambaMu

"Adakah seseorang daripada kami lemah untuk mendapatkan seribu kebaikan pada setiap hari:Hendaklah ia bertasbih seratus kali,maka ditulis untuknya seribu kebaikan atau dihapuskan daripadanya seribu kejahatan." (Riwayat Muslim)

Assalamualaikum warahmatullah...
Assalamualaikum warahmatullah...

Astagfirullahhalazhim...

 imam menyambung zikir..

 tekad untuk mengalunkan hingga alunan terakhir.. 

dan insyaAllah diikuti dgn doa..

sebelum habis imam membaca ayat kursi,sepasang tangan dihulur untuk pulang,keluar segera dari masjid..

 Salam.. 

Salam..


Tergerak hati bertanya.. Kelas ke time zohor ni? atau balik hostel?Dekat je dari masjid...

hmm.. tidak berzikir.. doa pun tidak.. kenapa ye? Hmm.. mcm2..

Termenung sebentar,aku? yang berzikir.. yang berdoa.. adakah diterima..?

Menggelengkan perangai orang.. tapi aku? Ikhlaskah hatiku berdoa dan bertasbih? Astagfirullah.. Benak hati bertanya-tanya.. mahukan jawapan.. 

"Tiga petanda orang munafik: Apabila bercakap ia berbohong,apabila berjanji ia memungkirinya,apabila diberi amanah ia mengkhianatinya.." ( Riwayat al-bukhari dan muslim)

Bagaimana pula dgn solatku? Amalanku? amanah yang diberi..?

 Terasa sepeti diri tidak membuat kejahatan.. 

tetapi adakah aku terasa kejahatan itu?.. Mengucap.. 

Berikanlah jawapan dan petunjuk kepada diriku dan hamba-hambaMu yang memerlukannya Ya Allah.. Doa diakhiri.. Amin..

Sunday, March 8, 2009

Yang Terjadi..

"Ketahuilah bahawa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika baik ia, maka baiklah keseluruhannya. Jika buruk ia, maka buruklah keseluruhannya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.."-Hadis

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras, sehingga (hatimu) seperti batu, bahkan lebih keras..

Raja itu menangis... Keras. Kaku.Hadirlah si penari-penari, serba hitam. Serba gelap.. mengelilingi penuh loba.

Tiada nur yang hadir bertamu, kerana tempatnya suci. Laita gelap begini..

ArggghHH!! bukan ini yang ku mahu.. 
kalbu terus merintih.
Suara jerit hati ku ingkari. Aku ketepi. Terus tersenyum, nafsu yang menggoncang. Aku bahagia di sini.. bukan begitu?
Bahagia, tetapi iman.. duduk menjauh. Sepi. Merajukkan diri. Menangis..

"Padahal dari batu-batu itu pasti ada sungai-sungai yang (airnya) memancar daripadanya..

Allah itu maha penyayang..

"Kembalilah, rahmat Allah sentiasa terbuka wahai akhi. Sucikan dirimu, bersihkan derapan langkahmu.."

"Ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya..
Hati itu tersenyum, terharu..

Pergi! Pergi segala..
Aku mahu kebaikanku kembali.. Kerajaan serta takhtaku.. Dulu yang yang tiada iri..

Wajah suci itu hadir, bersih..

"Ikutilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya".. Nabi tersenyum, bukan hanya untuk sahabat. Maka untuk segala umat..

"Dan ada pula yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah.."

Rebah, dosa-dosa semalam menghampiri.. Bara seakan di tepi.

Aku remuk. Aku hancur..

Menangis, terus menangis..

Lalu bersaksilah malam, akan jiwa yang tersedu sendiri...

"Dan Allah tiadalah lengah terhadap apa yg kamu kerjakan.."


Maka benarlah firmanNya. Teranglah Al-baqarah 74. Terang bersama penghidupnya.

Tika Hujan..

Aliif ~Lam Miim~

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" -Al Ankabut 1 & 2




Dari kegelapan, menyilau emas kemegahan. Dari kemegahan, terserlah keangkuhan.

"Aku hanya ingin melihat kesenanganmu, aku hanya membantu mengisi kekosongan keinginanmu..

"Kau akan merasai nikmatnya memandang matanya, mendayunya suaranya. Kau akan mengerti cintanya. Terimalah tawaranku.."

Ini tidak pernah dibenarkan. Pintu ini tidak
dibuka.

"Hanya sebentar, Allah itu Maha Pengampun"

Izrail menjeling..

"Kau akan menjadi mewah. Kekayaan pakaianmu, Dunia ini adalah mahkotamu. Hidup ini milikmu. Terimalah tawaranku.."

Ini bukan haqku. Hijab ini melindungiku.




"Hanya sebentar, Rabb itu Maha Pemaaf"

Malaikatul Maut merenung..

"Kau akan memerintah, bukan diperintah.. Kau diatas, hanya memandang.. milikmu kekuasaan. Terimalah tawaranku.."

Ini bukan pilihanku. Allah telah berfirman, Rasul sudah menyampaikan.

"Hanya sebentar, Ilah itu Maha Penerima Taubat"

Pencabut nyawa tersenyum sinis..

Suara itu kelihatan emas, seakan melihat mahkota, gah di alam maya..

"Hanya sebentar.., aku menerima tawaranmu.."

Maka terbintiklah dakwat gelap itu di hati.. menyuramkan iman yang kian menyepi..


"Dan sungguh, Kami telah menguji orang2 sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui org2 yang benar dan pasti mengetahui orang2 yang dusta"
- Al Ankabut 3
Counter